Tuesday, December 14, 2010

'Lilin'

Aku tidak pernah mengimpikan atau membayangkan diri aku disini dan seperti ini pada waktu-waktu dahulu. Telah 28 tahun aku menumpang hidup didalam jasad yang dikurniakan oleh yang maha Berkuasa dan menempuh alam luas terbentang ini dengan izinNya. Aku juga telah dikurniakan Ibu, ayah, adik beradik dan saudara mara yang teramat istemewa. Walaupun dikalangan mereka tiada yang bergelar orang-orang berharta atau ternama. Aku bangga dengan mereka.

Sepanjang tempoh perjalanan hidup aku terdapat susah dan senang, bak kata orang puteh 'ups and downs in life'. Tetapi kata orang atas pengalaman ini terdapat kematangan yang akan bersemadi di dalam diri setiap insan. Aku tidak berapa faham sangat tentang ini. Tetapi mungkin maksudnya manusia seperti aku ini akan mempelajari sesuatu yang berguna daripada semua peristiwa yang telah berlaku didalam hidup ini.

Kalau hendak dicoretkan satu persatu pengalaman hidup aku ini, lenguhlah jari aku hendak menaipkan berbillion kata didalam ruang yang sempit ini. Antara yang memberikan kesan besar didalam hidupku ialah pengalaman aku dikala Tuhan menarik nikmat 'kaki' aku selama 2 bulan. Tempoh itu teramat perit bagi aku. Terbaring di katil dan memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak kemana-mana. Aku bersyukur tempoh itu tidak lama. Tetapi jika tanpa kejadian itu, aku tidak mungkin berada disini, ditempat ini sekarang.

Sebelum ini, aku tidak pernah mengambil peduli tentang betapa besar atau mulia pengorbanan insan yang serupa ini. Aku hanya sekadar mengambil apa yang disampaikan mereka tanpa pernah memikirkan jerih perih mereka. Hanya setelah aku sampai disini sekarang baru aku sedar betapa tepatnya ungkapan yang mengatakan insan ini adalah seperti lilin yang membakar diri untuk memberikan sinar pada insan-insan lain.

Dan pada hari ini, aku sedar, betapa mulianya insan ini yang berada didalam hidupku suatu ketika dahulu. Bagaimana mereka berusaha dan dengan usaha mereka berjaya mendaratkan aku disini. "Terima Kasih Cikgu".

Wednesday, December 8, 2010

P.E.R.I.S.T.I.W.A

"I'm on a Highway to hell!!! Highway to Hell!!!...."

Alarm daripada handphone berjenama Motorola milik ku mengejutkan
tidur aku pada pagi itu. Tuala dan berus gigi lantas ku capai sambil melangkah malas menuju ke bilik air. Kalau ikutkan rasa hati mahu sahaja aku ponteng kelas bahasa arab pagi itu. Boleh aku sambung mimpi ghairah aku tadi. "Argh.. pi ja la.. 2 jam ja, pastu boleh pi ngeteh kat simpang". Aku melangkah longlai.

Selesai mandi, ku lihat Jakpo tengah tersengih-sengih di atas katilku dengan sebatang rokok di celah jarinya. "Aku saing ko ke kelas. Moto aku tak idup", katanya sambil mengetuk abu rokok ke dalam kotak minuman yang telah diubahsuai menjadi ashtray yang berjaya. "Boleh jer.. tunggu aku siap jap". Aku bersetuju. "Woi, korang sain nama aku sekali, aku malas nak gi kelas"Black bersuara dari katilnya di partition sebelah. "Ok, tarak hal punya, tapi ko kene bagi aku pinjam moto ko la japgi. aku nak pegi Yun Nam kat Bukit Bintang", Jakpo membalas. Black terus diam, hanya bunyi dengkurannya yang kedengaran.

********

Pulang dari kelas, Jakpo terus duduk mengadap Need for Speed Underground di komputer yang terletak di atas meja aku. Aku menjenguk ke arah partition Black. "Jom gi minum", Black bersuara "aku dah siap ni", tambahnya. "Makan laju, kelas malas, nak jadi apa la hang nie, satgi duk layan pipon ja..", aku membalas. "ko nak ikut tak nie?" "ya la.. aku nak pi la ni.. jom.. lapaq dah ni" "Naik moto ko la eik.. Catalyza aku tak panas enjin lagi..". "Ya la... jom". "Jakpo, hg nak ikut tak?". "Gi dulu aku tengah race ni.. fight ni..". "Lantak hang la.. Jom Black..". Aku dan Black menuruni tangga. Terbayang sudah kopi ais dan nasik lemak kupang di fikiran aku.

********

Balik dari Simpang, Black terus menuju ke arah koridor berbumbung depan blok asrama kami, di situlah tempat beliau memakir motorsikal RXZnya yang digelar Catalyza. Aku terus melangkah menuju ke bilik, dalam fikiranku hanya satu, sambung tidur.

Belum pun sempat aku merebahkan badan ke katil, Black dengan tergopoh-gapah masuk ke bilik dan menggeledah almari dan kabinet mejanya. "hang cari apa Black oi.. kecoh la, aku nak tidur ni".Aku bertanya dari dalam bilik aku. "Moto aku hilang beb". Black menjawab. "Dahtu yang hang duk selongkaq dalam mari dengan laci meja tu buat apa. Takdak sapa nak sembunyi moto hang kat situ haih". Aku cuba menduga. "Aku carik kunci moto aku la. Kunci pun sama hilang ni". Tiba-tiba minda ku teringatkan sesuatu. "Jakpo ambik kot moto hang. Kan dia kata nak pinjam moto hang tadi pi Yun Nam". Lantas aku terdengar suara Black berbual di telefonnya. Nadanya sedikit keras sambil beberapa kali dengusan nafas yang penuh rasa amarah kedengaran.

Kemudian, "Meon, jom bawak aku gi Bukit Bintang. Aku nak ambik moto aku, karang ko bawak balik Jakpo. Aku risau la parking kat Bukit Bintang tu mana selamat. Moto aku dah la panas weh". Melepas sessi membuat taik mata aku pagi itu.

*****

Sesampainya kami di parking moto di lorong belakang Sungei Wang Plaza, Black bergegas mencari motorsikalnya sambil tangannya memegang telefon Nokia botol airnya. Black mencuba untuk menghubungi Jakpo sambil aku memasang mangga dan memastikan motorsikal RGV aku selamat untuk di tinggalkan. "Meon, Meon", Black memanggilku secara tiba-tiba. "Ni ha motor aku. Ko tengok dah ader kesan kena kopek nie. Fearingnyer pun dah ilang. C*&^*A betul!!". Black mencarut. Motorsikalnya aku tengok dah ader kesan tuil di tempat masuk kuncinya dan cover fearing motorsikalnya dah pun tiada. Tinggal lampu depannya sahaja tergantung.

Tiba-tiba Jakpo muncul. Aku melihat peluh bermanik di dahinya. "hang ni pasaipa pulak Jakpo? hang tengok apa jadi kat Motor Black ni". Jakpo tersengih, "ala nanti aku ganti la. Sori Black". Black diam. Tapi aku tahu masalah itu bagi Black adalah kecil. Set cover motornya itu umpama pakaian dalam wanita yang boleh ditukar setiap hari. Malah di bawah katilnya dibilik asrama kami ada lagi 4 set cover Catalyzanya yang berlainan warna.

Jakpo tiba-tiba memulakan cerita lantas mematikan lamunan kecil ku tadi. "Yun Nam kencing aku tadi. Diorang suruh aku bayar seribu stgh. Pastu diorng pegang IC aku". "Memang la macam tu hamlau. Ko ingat free ke?" aku mencebik. "Dalam TV cakap free sessi pertama. tu yang aku pegi". Jakpo menjawab. "Dahtu diorang pegang IC ko kenapa?" Black pula bertanya. "Diorang nak aku bayar dulu la. Kalau tak nak jadi ahli kena bayar dua ratus untuk sesi mula yang aku dah buat tadi. Diorang tak cakap pun kena bayar tadi. Itu pasal aku belasah je satu sesi". "Ni camna ko lepas?", Black bertanya lagi. "Aku bagi 50 hengget pastu aku blah".Ringkas jawab Jakpo.

"Dah jom blah". Aku mengharapkan masih ada masa untuk aku menyambung tidur walaupun pada waktu itu jam sudah menunjukkan angka 3. "Jap aku nak repair Nokia aku ni jap. Ko rantaikan motor aku dengan motor ko sama. Barang dah barai biarlah dulu". Black bersuara. "Jom naik atas". Sambung Black.

Kami pun sama-sama melangkah anak tangga dari pintu belakang Plaza itu sambil masing-masing menjamu mata dengan peha dan betis gebu gadis-gadis muda yang rata-rata berbangsa Cina. Ramai betul pengunjung pada hari itu. Masing-masing mempunyai tujuan yang tersendiri, termasuklah kami bertiga.

Sampainya di depan sebuah kedai Handphone. Black terus berurusan di kaunter manakala aku dan Jakpo tidak jemu-jemu menjamu mata. Itu sahaja yang kami mampu. Hendak beli tak mampu, hendak ditegur lidah pulak yang kelu.

"Dah. setengah jam nanti siap. Jom jalan-jalan dulu usha awek lebih kurang". Black berkata sambil menepuk bahu aku. Kami pun berlegar-legar lagi di dalam plaza itu. Naik tangga turun tangga, singgah toilet, keluar isap rokok kejap, sambil mata tak lekang melihat awek-awek yang ada.

Sambil-sambil itu aku melihat kepala Jakpo yang sedikit botak di bahagian tengahnya.
Menurut kata Black, awek si Jakpo ni telah tinggalkan dia disebabkan inilah. Dan sebab itu jugalah Jakpo bersemangat untuk ke Yun Nam pada hari itu.

Setengah jam berlalu. Kami sekali lagi berdiri di hadapan kedai handphone tadi sambil Black berurusan dengan amoi cina dikedai itu.

Tiba-tiba, Black pantas berlari sambil ditangannya ku lihat memegang Nokia botol airnya. Kami terpingga-pingga tatkala amoi yang tadi keluar dari kaunternya sambil memekik, "Pencuri!!! Pencuri!!" dan tangannya ku lihat menunding ke arah Black yang kulihat telah hilang dari pandangan. Semuanya berlaku dengan amat pantas dan tiba-tiba lengan aku dan Jakpo telah dipegang kemas lelaki-lelaki cina bertubuh sasa sambil seorang dari mereka memegang walkie talkie. Aku dan Jakpo berpandangan, helmet di tangan ku pegang kemas. Terasa ringan pulak helmet aku pada waktu itu.

"lu punya kawan aaa lali ooo. Dia talak baiyar itu lepair punya. Sikalang apa macam?"
"Hamlau punya Black. Yang ko lari tak cakap dulu kenapa". Jakpo mendengus. "Takpala kitorang bayar. berapa?" "seratus lima puloh". Jakpo lalu mengeluarkan duitnya dan membayar kepada amoi tersebut. Taiko-taiko cina itu pun melepaskan kami berdua dengan amaran keras.

Aku menyumpah didalam hati. C@#$%A punya mamak Black. Dahla penagih jadi penyamun pulak. Tapi kalau diikutkan kes Black sama sahaja dengan Jakpo tadi. Black hanya merembat telefonnya sendiri dan bukan telefon lain di kaunter kedai. Dia cuma tidak membayar harga repair kerana sebelum itu amoi itu berkata kosnya cuma RM50. Bila sudah siap lain pula ceritanya. Sebab itu la aku rasa Black nekad dengan membuka langkah. Masalahnya aku dan Jakpo pula yang menjadi mangsa. Tilam dan bantal ku semakin samar-samar kelihatan.

Akhir cerita aku dan Jakpo terus ke parkir Motor. Aku lihat Black sudah menunggu dengan sengih yang panjang tanpa rasa bersalah. Aku menyalakan sebatang rokok sambil menjeling ke arahnya dan terus membuka kunci motorku. "Rasa macam ringan jer penumbuk aku ni Black", Jakpo bersuara. Ingatkan sampai situ sahaja peristiwa malang aku pada hari itu. Rupa-rupanya satu lagi masalah melanda. Motorsikal Black gagal dihidupkan. Kami terpaksa menunda motorsikalnya menggunakan motorsikal aku dari Bukit Bintang hingga ke Gombak. Rasa macam nak patah urat betis aku sesampainya kami di Gombak.

Hati aku menyeranah panjang sambil Black tersengih panjang. "P*&I M*&k Ko la Black!@!!.................