Wednesday, March 17, 2010

Tentang Hari Ini dan Masa Depan

Pedih mata.. tidur yang tak cukup lena... esok lusa ada dimana-mana... ahad bakal tiba.. jauh aku kembara.. dari sudut jauh di utara hingga benteng asing di selatan... aargh.. dunia dan pancaroba.

Namun, jiwa ku tanam kental. Demi cinta dan harapan.

Harapan siang terang benderang, harapan malam dengan sinaran bintang. Harapan bukan untuk ku seorang. Harapan ibu ayah, harapan teman-teman, harapan semua insan. Tanggungjawab ku galas berat. Terkadang tersembam, terkadang terkapai, terkadang lemas. Ku gagahkan juga. Demi harapan semua mereka...

Aku sedar.. tanggungjawab akan datang lebih membebankan. Menghitung tarikh melihat waktu menunngu tiba penyeri teman. Aku sedar banyak yang perlu ku belajar, banyak yang perlu ku sabar, banyak yang perlu ku gapai... Terima kasih pada semua yang telah banyak menghulur bantu, berkongsi duka bersama gembira. Aku sedar... Aku sedar tanpaMu aku bukan siapa-siapa.

Harapan sedar ini untuk tujuan peringatan, untuk tujuan membangunkan lelap, untuk mengejutkan lena sedarku yang panjang. Lena yang kadang-kadang terasa amat panjang walau hakikatnya sedetik cuma. Akal fikiran kadang melayang mengharap sesuatu yang di luar jangkauan.. Ah.. Mainan perasaan.

Dalam diam sambil merenung memori semalam.... Pagi yang bakal datang dengan sejarah... Tentang semalam, esok dan hari mendatang.

Kisah Cinta Si Hitam dan Putih

Si Hitam merenung jauh kala si kelabu berbisik.
Pandangan Hitam kosong, benak akal merayau jauh. Jauh dari sebentang pandangan.

Kala ini Si Putih pula menyapa. Melontarkan soalan yang menyentap pandangan Si Hitam, seterusnya memadam lamunan. Si Hitam diam. Soalan tidak berjawab. Tetapi, jauh di sudut hati, ada kembang mula berseri....

Setahun berlalu...

Si kelabu tiada lagi. Si Hitam mula menurut hati. Si Putih jinak merpati. Di renggang dekat dirapat lari. Si Hitam mula merana hati. Geram tiada terperi. Kalau di ikut rasa hati mau saja di bawa lari.

Setahun Lagi...

Si Putih sedar maksud hati si Hitam. Suatu hari di kala Si Putih membawa diri ke kampung. si Hitam menunggu di kejauhan. Hati rindu membakar jiwa. Pesanan ringkas pengubat lara. Satu ketika tanpa disangka-sangka Si Putih mula menerima. Si Hitam kepalang rasa gembira. Walau begitu malang menimpa tatkala balasan setuju terima si Hitam tidak kesampaian gara-gara prabayar habis digunakan. Meranalah badan, mencungap peluh mencari bantuan...

Selang setengah jam...

Setuju terima berjaya di hantar. si Putih setuju, Si Hitam bukan kepalang. Malam yg berbaki berjam terasa panjang seperti sebulan. Pagi dinanti dengan harapan. Si Hitam tersenyum keseorangan. seminggu selepas itu pun si Hitam masih senyum sorang-sorang. 3 tahun penantian mengharap masa depan.

Sekarang...

Si Hitam menunggu hari. Rasa debar menepuk hati. Rasa tidak sabar sama banyak dirasai. Jari manis si Putih telah lama bonda sarungkan. Tinggal Si Hitam bersalam kadi. Si Hitam tersenyum lagi....

"Ya allah, kau redhailah jodoh kami, kau berkatilah hidup kami, Kau ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami. Semoga sejahtera hidup kami hendaknya, Amin...."