Wednesday, February 18, 2009

Dunia Kaca

Seorang budak lelaki berdiri kaku, tergamam, terdiam, sambil jemarinya tergenggam rapat. Matanya berkaca. Menangis? Tertawa? Kecewa? Hampa?
Bertanya hatinya, Mana amannya dunia?, Apa ertinya semua ini?, Kemana hilangnya cinta?.
Berfikir sejenak. Matanya terpejam rapat. "Tuhan menjadikan kita ini berlainan jantina, bangsa dan budaya untuk kita sama-sama saling mengenali", terngiang-ngiang suara ustaznya.

Budak itu lalu berjalan. Melewati peti televisyen yang sebentar tadi memaparkan keganasan puak yahudi di bumi Palestin. Tetapi akal fikirannya masih jenuh memikirkan persoalan tadi.

"Besar nanti aku nak jadi askar. Aku nak berkorban untuk agama aku. Ustaz cakap orang yang mati semasa perang masuk syurga. Aku nak masuk syurga...."