Saturday, November 14, 2009

Kabut Hitam

Kilau sakti sang puteri,
Memancar sinar pelangi,
Silau mata alihkan pandangan,
Gelap hitam sinar berbayang....

Aku ingin bebas,
Jauh dari kabut kehitaman,
Menyenakkan jiwa menyesakkan minda,
Aku yang lara...

Kelemasan...
Kepedihan...
Kepenatan...

Berikan aku ruang,
Tunjukkan aku jalan,
Luahkan isi yang terpendam,
Jernihkan kabut hitam,

Aku tak mampu,
Aku tak terdaya,
Aku tiada cara,
Aku yang derita...

Kembalilah...
Sesungguhnya senyumanmu itu,
Sinar pelangi dihati aku....

Saturday, March 7, 2009

Nyawa Tanpa Harga

Sinar terang damai alam
gelap malam tanpa bintang
Kenapa ada manusia berhati syaitan?
Berbunuh bertikam,
Langsung,
Tanpa belas kasihan

Anak kecil orang tua
saudara

kejam kelam zalim

dibunuh, diseksa, direjam ganas Zionis celaka
Kami bangsa yang paling sempurna, Kami telah dianiaya

Alasan, alasan, alasan

Semua dusta belaka, omongan kosong

Raja dunia, gila kuasa, dahaga darah, tanpa cinta, nafsu semata, amukan syaitan, pendorongnya...

Gila... semua gila.... nyawa tanpa harga...


Aman

Stesen bas itu kelihatan sibuk dengan hiruk - pikuk penumpang. Ada yang berkumpulan dan ada yang berseorangan. Masing-masing punya tujuan yang serupa, sampai ke destinasi dengan selamat. Tak kurang juga dengan orang-orang yang hadir sebagai teman atau dengan tujuan menghantar. Ada juga peniaga yang cuba melariskan jualan mereka dengan berteriak menarik perhatian orang ramai. Amat bingit. Sekali-sekala hon bas yang berbunyi kuat menambahkan keadaan bising.

Dalam kesibukan itu, seorang wanita betudung labuh juga dalam keadaan kelam kabut dan kelihatan tergesa-gesa. Mana destinasi dan tujuannya tiada yang ambil peduli. Wanita itu lalu berhenti, membelakangi sebuah gerai yang menjual makanan ringan serta air minuman. Dia berpaling, kekiri dan kekanan seolah-olah mencari sesuatu. Dari kejauhan terlihat matanya, ada sinar dendam dan amarah terpancar.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat kedengaran. Kaca dan serpihan konkrit berterbangan. Sejurus keadaan tadi yang bising, sunyi seketika sebelum teriakan dan tangisan manusia kembali kedengaran. tetapi nada ini jauh berbeza sedari tadi. Apabila kabus-kabus yang terhasil dari dentuman tadi mula menipis, jelas kelihatan manusia-manusia tadi yang sibuk, bergelimpangan. Ada yang sudah pun bertukar menjadi mayat. Sesetengahnya tidak lengkap anggota badan.

Wanita tadi terselamat disebalik runtuhan konkrit yang seolah-olah perisai baginya. "Tuhan masih sayangkan aku".

Malam itu terasa amat panjang. Berita tadi petang masih berlegar di fikiran. Sampai bila? Kenapa muncung senjata yang menjadi jalan penyelesaian? Apa dosa mereka? Dimana sifat manusia kita? Bagaimana untuk aman?

Monday, March 2, 2009

Motivasi?

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Tetapi perlu kita ingat, jangan yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Bagaimana pula, untung sabut timbul, untung batu tenggelam? usaha tangga kejayaan.


Cemas

Aku terdiam. Tanpa berani bersuara. Dunia pada masa itu aku rasa kelam. Kosong dan sunyi. Peluh mula bermanik didahiku. Pelajar-pelajar sekelas mula berbisik halus. Pensyarah lalu memberikan tumpuan kepada pelajar dan terus memberhentikan celotehnya.

Aku panik, bila keadaan kelas mula sunyi dan tiba-tiba, "oi! sapa yang kentut nie? Kurang asam betul. Bau tempoyak.....", aku berkata kuat. Riuh seluruh kelas dengan gelak ketawa sambil masing-masing menutup hidung menahan bau pekat angin perut manusia.

Aku tersenyum di dalam hati.....

Wednesday, February 18, 2009

Dunia Kaca

Seorang budak lelaki berdiri kaku, tergamam, terdiam, sambil jemarinya tergenggam rapat. Matanya berkaca. Menangis? Tertawa? Kecewa? Hampa?
Bertanya hatinya, Mana amannya dunia?, Apa ertinya semua ini?, Kemana hilangnya cinta?.
Berfikir sejenak. Matanya terpejam rapat. "Tuhan menjadikan kita ini berlainan jantina, bangsa dan budaya untuk kita sama-sama saling mengenali", terngiang-ngiang suara ustaznya.

Budak itu lalu berjalan. Melewati peti televisyen yang sebentar tadi memaparkan keganasan puak yahudi di bumi Palestin. Tetapi akal fikirannya masih jenuh memikirkan persoalan tadi.

"Besar nanti aku nak jadi askar. Aku nak berkorban untuk agama aku. Ustaz cakap orang yang mati semasa perang masuk syurga. Aku nak masuk syurga...."