Wednesday, March 17, 2010

Kisah Cinta Si Hitam dan Putih

Si Hitam merenung jauh kala si kelabu berbisik.
Pandangan Hitam kosong, benak akal merayau jauh. Jauh dari sebentang pandangan.

Kala ini Si Putih pula menyapa. Melontarkan soalan yang menyentap pandangan Si Hitam, seterusnya memadam lamunan. Si Hitam diam. Soalan tidak berjawab. Tetapi, jauh di sudut hati, ada kembang mula berseri....

Setahun berlalu...

Si kelabu tiada lagi. Si Hitam mula menurut hati. Si Putih jinak merpati. Di renggang dekat dirapat lari. Si Hitam mula merana hati. Geram tiada terperi. Kalau di ikut rasa hati mau saja di bawa lari.

Setahun Lagi...

Si Putih sedar maksud hati si Hitam. Suatu hari di kala Si Putih membawa diri ke kampung. si Hitam menunggu di kejauhan. Hati rindu membakar jiwa. Pesanan ringkas pengubat lara. Satu ketika tanpa disangka-sangka Si Putih mula menerima. Si Hitam kepalang rasa gembira. Walau begitu malang menimpa tatkala balasan setuju terima si Hitam tidak kesampaian gara-gara prabayar habis digunakan. Meranalah badan, mencungap peluh mencari bantuan...

Selang setengah jam...

Setuju terima berjaya di hantar. si Putih setuju, Si Hitam bukan kepalang. Malam yg berbaki berjam terasa panjang seperti sebulan. Pagi dinanti dengan harapan. Si Hitam tersenyum keseorangan. seminggu selepas itu pun si Hitam masih senyum sorang-sorang. 3 tahun penantian mengharap masa depan.

Sekarang...

Si Hitam menunggu hari. Rasa debar menepuk hati. Rasa tidak sabar sama banyak dirasai. Jari manis si Putih telah lama bonda sarungkan. Tinggal Si Hitam bersalam kadi. Si Hitam tersenyum lagi....

"Ya allah, kau redhailah jodoh kami, kau berkatilah hidup kami, Kau ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami. Semoga sejahtera hidup kami hendaknya, Amin...."

No comments:

Post a Comment